nissha boutique. Dikuasakan oleh Blogger.

RSS

Renungan

~~sejenak~~
Ada AKU peduli isteri dan anak-anakku sudah makan atau belum...??
Ada AKU peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan karenah anak-anakku...??
Ada AKU peduli tika isteriku masih di dapur menyediakan makanan utk aku dan anak-ankku di
iringi peluh mbasahi pipi dan bajunya...??
Ada AKU peduli siapa yang membelikan keperluan aku dan ank-ankku di blik mandi..??
Ada AKU peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menunggu kepulanganku setiap hari...??
Ada AKU peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...??
Ada AKU peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan
masam...??
Ada AKU peduli cukupkah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku tinggalkn
mereka...??
Ada AKU peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di
luar...??
Ada AKU peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan
masa...??
Ada AKU peduli bilakah kali terakhir aku menghadiah kan sekuntum bunga merah untuk
isteriku...??
Ada AKU peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku dan
menjadi ibu kpd anak-anakku...??
Ada AKU peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata...??
Ada AKU peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku dan aku terus nyenyak
tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki...??
Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam
hari...??
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...??
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...??
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...??
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....??
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....??
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...??
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku???
P/s : Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati
kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila
hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki.
~~NURKILAN DARI SEORANG SAHABAT~~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Nissha Boutique