nissha boutique. Dikuasakan oleh Blogger.

RSS

  Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

  Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu berdepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
 
 
 
 
1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
 
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
 
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
 
4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
 
5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari ?
 
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
 
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
 
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
 
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
 
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
 
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
 
12. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
 
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil ?
 
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
 
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
 
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera
 
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
 
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
 
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang menbeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
 
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
 
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
 
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
 
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
 
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
 
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang.
Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
 
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
 
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
 
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
 
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
 
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
 
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
 
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
 
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
 
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
 
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
 
36 Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
 
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
 
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
 
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
 
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
 
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
 
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
 
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
 
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
 
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
 
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
 
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
 
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
 
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
 
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riaadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.


Semoga kita dapat mendirikan keluarga BAHAGIA seperti yang kita ingin kan.. keluarga bahagia dunia &  akhirat.. amin! :)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My son n My daughter

My daughter Nur Dhiya Danisha




My son Muhammad Danish Anakin


  Atas tu picture ank dara ak tme bby2 dulu.. Copy n paste x muke diaorang? hehe.. smua ckp sama.. mcm akak2 ak ank 2nd msti mke nya lain dr ank 1st.. yg ak plak blh sma dua2.. jgn ikot prngai kakak yer adk.. pnas baran.. ikot papa dia la..panas baran!
agaknya muka sama sbb tme prgnant dulu mama asek tgk mke akk jer kot.. heeeeee.. tu yg sma.. ;)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

PENGASUH BARU

  Hari pertama Danish di rumah pengasuh baru,agak merisau kan jugak. Jenuh mama mencari pengasuh buat Danish.. sepanjang seminggu lalu..Alhamdulillah dapat juga akhir nye.. Berhampiran dengan rumah..

  Alhamdulillah akak tu jaga Danish dengan baik.. n nampak sngat org nie syg budak.. kita blh nmpk org yg syg budak ker x.. lg stu bby pon tahu org yg jaga dia ikhlas jga dia atau x.. heeee..

1st day kt uma org tu pon dy xde mnngis pon.. 1st day ak amek danish ceria jer muka dia.. Alhamdulillah.. Lega..kalo x muncung jer memanjng anak ak yg sorang nie..




  
  Masuk hari ni dah 6 hari Danish dengan pengasuh baru. Setiap kali aku sms n call, akak tu cakap Danish ok je, behave je, pandai main, gelak2 lagi.. Pheww! Lega hati aku.. Aku hantar pukul 7.30am - 5.30pm.. Kadang2 terlewat 6.30pm baru amik Danish.. Van cmpny lambat, nak buat camne kan.. Ak g kje nek van.. n ak org last yg dy hntar.. Tenang sikit ati ak bila pngasuh baru nie jaga..kwn stu office ak la yg rekemen.. pngasuh nie mak cik dia.. x sia2 ak hantar danish kat situ.. dah la syg budak..ari ke3 jaga dah belikan botol susu n brng bby tok stndbykn kt umah dy..

  Anak sulong ak danisha mak mntua ak yg jga.. kalo ikot ati mmg nak soh mak jga dua2.. tapi mak dah jaga anak kakak ipar ak.. tu pon baru bpe bln.. pna jga dua2.. kesian mak.. kelam kabut uruskan cucu dia.. Danisha dah skola.. so mak jga half day jer..





  Anak ak yg sorang nie.. asek kna marah jer ari2.. prngai makin mnjadi2 lakh skang nie.. asek nk melawan jer.. kt uma ari2 gdoh! huh! bila soh minx tlng wt pape skit atau minx jgakan adik..'ala mama nie.. eysha pnat la'.. kalo bab nk main x pnat pon!
geram sngt ngn anak dara ak yg sorang nie.. tp cmnr pon mama syg sngt kt ank2 mama nie.. penawar hati mama selamanya..









  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 years

  Lbh kurang 2 minggu lagi jer ak kt KEENWAY INDUSTRIES SDN BHD..Selama 2 tahun bkrja dsitu..pngalaman suka duka brsama kengkawan yg sntiasa happy go lucky jer!

  Sdh gak sbnrnya..Abes nk wt cmnr..Head ak da x accept ag ble ak nk tarik resign..katanya da de pngganti..so xley wt ap la kn..hmmmm..wlpn da xde rzki kt cni,alhamdulilah ak da dpt kje kt tmpt lain..dgn pngalaman yg ak ada,ak dtawarkan kerja di sebuah syarikat construction..alhamdulilah..brsyukur sngt2!

  Yela,nk cri kje skang ssh..lagi dgn kelulusan spm jer yg ak ade..n part time ak buat bsns online..heeee..
Alhamdulilah..rzki anak2..wlpn xbnyak..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LOVE





Sebagai seorang wanita kite memerlukan seorang lelaki…
Kanapa??
Sebab….




Kenapa wujudnya cinta??

.......Sebab…..




Bile semuanya complet maka…saling memerlukan antara satu sama lain…terjalinlah ikatan yang sah….




Jadi tanggungjawab semakin besar,segalanya akan dipikul oleh suami dan isteri bersama….
masing-masing sudah tahu tanggungjawab sendiri…
tapi perkara yang diperlukan dalam perhubungan adalah…..
saling memahami dan hormat menghormati….

Bagaimana menjadi suami yang baik dan isteri yang solehah???
Antaranya……




Suami juga perlu memahami bahawa….





Kata-kata dari para ulamak….






Ucapan suami buat isteri…..












Semua wanita mengimpikan seorang suami yang soleh dan boleh membimbing kita kearah yang benar…in syaallah!!!
jodoh yang telah ditetapkan oleh allah adalah yang terbaik untuk kita....

semoga allah memperkenankan doa kite…
 Amin!!....
  


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

RESEPI BUBUR AYAM

Harinie nk kongsi resepi bubur ayam.. resepi ak sndri..my mom n my akk ipar yg xpna mkn bubur abes 2 pinggan bila mkn bubur  nie..keke..try la..cmfirm mnjadi n cmfirm sedap! idea nie tercetus time my hubby sakit dulu..time tu lom kawen ag..msh kawan2 lg..mak dia kata dia x nak mkn,so ak buatla resepi sndri..bubur ayam versi ain~heeeeee..




* 1 pot beras
* isi ayam/daging
* udang kering (biasa ak beli kt kedai sepaket rm1,ak bli 2 paket..1paket tumbuk,1 paket bia mcm tu jer)
* 2 biji ubi kentang (belah 4)
* 4 ketul kiub pati ayam knor
* daun sup
* bawang goreng
* lada hitam (ditumbuk halus)

  1stly bsoh beras brsih2.. letak atas dapur n buka api kecik jer..then msokkan ubi kentang..
msokkan isi ayam/daging..biarkan mendidih..

  Msokkan kiub pati ayam seketul2..masukkan udang kering yg sudah ditumbuk..kacau hingga sebati..

  Pas ubi kentang da empuk,msokkan lebihan udang kering yg belum ditumbuk..letakkan lada hitam,bawang goreng dan daun sup..biarkan 5 minit..

Siap untuk di hidang! sng jer kn!

selamat mncuba =)










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doa Untuk Suamiku

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat, Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas, Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fisikal, Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan, Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista, Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu, Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.. Ya Allah.. Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu di Arash, Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya, Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku di titianMu, Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya, Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu, Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya, Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu, Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya, Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu, Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya.. Tetapi Ya Allah.. Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu, Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya, Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan, Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya, Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan, Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.. Ya Allah.. Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku, Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku, Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan, Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai, Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri, Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu, Sekiranya aku engkar Dan derhaka, Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu.. Ya Allah.. sesungguhnya.. Aku lemah tanpa petunjukMu, Aku buta tanpa bimbinganMu, Aku cacat tanpa hidayahMu, Aku hina tanpa RahmatMu.. Ya Allah.. Kuatkan hati Dan semangatku, Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu, Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami, Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu, Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah, Hanya padaMu Ya Allah Kupohon segala harapan, Kerana aku pasrah dengan dugaanMu, Kerana aku sedar hinanya aku, Kerana aku insan lemah yg kerap keliru, Kerana aku leka dengan keindahan duniamu, Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu, Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu, dan aku memohon agar suami Ku untuk diri ku seorang saja.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati, Isteri yang dikasihi, Isteri yang solehah, Isteri yang sentiasa di hati suami.. Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen. Dua hati disatukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit. Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya? Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.

Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak, maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun. Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur). Jangan ada takbur, cinta pasti hancur. Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina. Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. Tidak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan. Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapai-kapailah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.

Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!

Ego sisuami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”

Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?

Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
“Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”

Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah. Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya. Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

MAAFKANKU WAHAI SUAMI

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, 

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِاارَّحِيم 


JAWAPAN ALLAH SWT DIDALAM AL QURAN-





Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?

Al Quran Menjawab:

...
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).

Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?


Al Quran Menjawab:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini ?


Al Quran Menjawab:

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".
(Surah al-Baqarah ayat 286)

Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?


Al Quran Menjawab:

"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali Imran ayat 139)

Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?


Al Quran Menjawab:

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".
(Surah al-Baqarah ayat 45)





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DUGAAN DATANG BERTIMPA2

~Kehidupan tidak pernah lekang dengan perkataan “dugaan”. Apabila datang dugaan dalam kehidupan,manusia sering kali mengeluh,tertekan dan sehingga sampai satu tahap hilang kawalan diri. Ketahuilah kalian bahawa seandainya dugaan itu kita terima dengan hati yang redha terlalu banyak hikmah dan manfaatnya disebalik dugaan yang menimpa diri.Seringkali diri ini juga lupa akan hakikat dan hikmah dugaaan itu sendiri. Firman ALLAH SWT dalam kitab hikmahNya:


“ Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.”(
2:286)


Jadi,sangat jelaslah disini bahawa ALLAH SWT  tidak pernah menimpakan suatu ujian,dugaan mahupun cabaran diluar batas kemampuan hamba ciptaanNYA. Siapa kita utk mengatakan ujian,dugaan dan cabaran itu diluar kemampuan kita kerana sesungguhnya yang menciptakan kita itu bukannya diri kita sendiri akan tetapi Tuhan sekalian alam iaitu ALLAH SWT. Sungguh DIA lebih mengenali diri kita daripada diri kita sendiri.


Jadi,tanamkanlah dalam diri mulai saat ini bahawa ujian ALLAH itu tanda kasih dan sayang dari ALLAH kerana itu bermakna ALLAH ambil tahu dan peduli dengan diri kita. ALLAH menguji kita sebenarnya adalah utk mengukur sejauh mana tahap iman kita sebenarnya. Hadapilah ujian dan dugaan dari ALLAH  dengan keimanan,ketakwaan dan kesabaran. Moga-moga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat,redha dan kasih sayangNYA. Mari sama-sama kita amalkan doa ini:


(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.(2:286)


Sama-samalah kita bina kekuatan di dalam diri kita, apabila bermacam-macam dugaan datang didalam hidup kita, kerana Allah dekat dengan kita dikala ujian itu datang, jika kita mengingati NYA.

 

~Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.
Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis, Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., "Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?"

Jawab baginda, "Di antara orang-orang yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya.Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.” (Riwayat Tirmizi)

Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang.

Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran.


Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub, ”Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab.
Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad dah’ Wad Dawaa’, “Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.”

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

“Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi.”

Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,
“Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.

PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makeup

  Ak nie mmg minat bab fesyen n kecantikan nie..mmg giler! Pastu ske sngt tgk pmpuan cntik but I not lesb ok! Dulu mase frm 5 ak study kt smk teknik puteri temerloh Pahang..amek bhagian seni kecantikan & dandanan rambt! Pas abes blaja de la amek tempahan tok mjlis tunang kengkawan..tp skang mmg xde la..mekap dri sndri jela..haha!

  Tp bila gian da smpi mmg rasa nk mekap org jer..keke..ajak la my adik ipar main make up2..pinjam mke dia jp..tp simple make up jer..not over2! Jom lyan gmbr bfre n after..


before





                              after

   
  X la cntik sngt.. hehe.. da bnyak lupa teknik2 nya..
Aritu akk ipar ak kawen..akk my hubby! Mmg cntik giler mak andam tu mekap! So awesome! Then yg mekap tu mak andam pmpuan plak tu! Ssh skang mak andam pmpuan mekap cntik mcm nie..akk ipar ak nie da kawen dulu,tp hasil prkahwinan yg prtama jodoh x pnjang..so ini prkahwinan yg kedua..but she look mcm anak dara tau! Ak yg mude nie pon x standing dy! Haha..wlpn ank 1st dy da frm 2,but dy mmg awesome! X cye?! Jom lyan gmbr dy!  










                                                                   

                            make up!





                   Ha nie tme nikah..bju putih..



                      time sanding..



 Ha cmnr?..cntik kn!














































  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Nissha Boutique